Masalah JERAWAT

Masalah JERAWAT
Jerawat adalah sejenis penyakit kronik yang mengganggu kelenjar-kelenjar Sebaceous iaitu kelenjar yang terdapat di dalam kulit dan mengeluarkan sebum atau minyak untuk meliputi permukaan kulit manusia. Masalah jerawat boleh dilihat apabila muka, leher, dada atau belakang seseorang itu mula kelihatan bengkak-bengkak kecil yang kemerah-merahan, kehitaman ataupun bonjolan merah dan mula berisi nanah selang beberapa hari kemudian.

Bagaimana berlakunya JERAWAT
Jerawat akan mula keluar apabila berlaku sekatan pada liang roma kulit. Bagi mengelakkan berlakunya masalah jerawat, kita perlu pertama sekali faham bagaimana sekatan ke atas liang roma kulit ini berlaku, bagaimana jerawat boleh membentuk serta rawatan-rawatan yang boleh dijalankan untuk mengelakkannya dari tumbuh, bagaimana mengurangkan serta menghilangkan jerawat tersebut.

Umumnya, masalah jerawat berlaku kerana berlakunya radang pada tisu di bahagian dalam kelenjar minyak kulit. Jika seseorang itu menghadapi masalah jerawat pada kulit, ia sering dikaitkan dengan masalah ketidakseimbangan hormon, pemakanan, persekitaran, penyakit keturunan, psikologi, pra-haid atau pun jangkitan bakteria, malahan masalah resdung juga dianggap sebagai punca yang mengakibatkan individu tersebut menghidap masalah jerawat.

Masalah jerawat berlaku seawal peringkat usia remaja yang sedang dalam proses kematangan, iaitu sekitar umur 12-16 tahun. Jenis jerawat yang tumbuh pada masa ini pula dipanggil acne vulgaris. Semasa remaja menjalani proses matang, berlaku perubahan keseimbangan hormon di mana hormon testosteron mula dihasilkan dan bertukar menjadi dihidrotestosteron di dalam kulit. Ia berlaku bagi meningkatkan kadar metabolik serta saiz badan remaja tersebut. - sumber
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Haranna Detox Foot Patch - Amalkan gaya hidup sihat tanpa toksin
Copyright © 2012. Haranna Detox Foot Patch - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Beyond Synergy Solution