Latest Post

Bahaya TOKSIN pada tubuh badan

Apa itu TOKSIN?
Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan. Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja, dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.

Bagaimana TOKSIN terjadi?
Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran. Antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian.
Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan.

Pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain.

Kesan TOKSIN pada tubuh badan?
Terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya. Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh. Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.

Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan kita. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit. Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin ialah:-

Penyakit Kulit
Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, bisul dan lain-lain.
Masalah kulit, jerawat, masalah jerawat, Masalah kulit, bisul, masalah bisul,
Tumor
Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul dipelbagai tisu badan.

Demam
Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, Kadar metabolisme semakin cepat, mengakibatkan tubuh menjadi demam.
demam,
Penyakit jantung dan tekanan darah tinggi
Toksin yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung, bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi.
sakit jantung, heart attack,
Di samping, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akan merembes pelbagai jenis kimia yang menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.

Cara mengatasi TOKSIN?
Langkah awalan untuk menyembuhkan penyakit ialah dengan menyingkirkan toksin dan tidak semata-semata mengawal sebarang penyakit dengan ubat sahaja. Ada banyak cara bagaimana hendak menyingkirkan toksin daripada badan iaitu melalui pembuangan air besar, banyakkan minum air masak, mengambil makanan kesihatan, bersukan dan berpuasa.
Air kosong, Air masak, Air mineral, Sayur-sayuran, makanan berkhasiat,
Dengan keadaan semasa yang semakin pesat, kebanyakan daripada kita sering mengabaikan langkah awalan ini. Bagi memudahkan anda, kini anda boleh buang toksin melalui Detox Foot Patch.
Foot Detox Patch Jung Gong, Foot Detox Patch, Foot Patch, Foot Detox Patch Original, Foot Detox Patch Tulen,

Bagaimana Detox Foot Patch berfungsi?
Ia berfungsi dengan 2 cara, iaitu merangsang titik akupuntur pada kaki dan menarik keluar toksin melalui peluh. Secara ringkasnya, ia bertindak sebagai penyingkir toksin yang menarik keluar toksin daripada badan melalui peluh.
Titik akupuntur kaki,

Kelebihan menggunakan Detox Foot Patch?
1. Melegakan sengal-sengal badan dan mengurangkan ketegangan pada otot.
2. Mengurangkan masalah kulit dan jerawat.
3. Melancarkan pengaliran darah.
4. Menyegarkan badan.
5. Meningkatkan kualiti tidur.
6. Menyingkirkan toksin daripada badan anda melalui peluh.
7. Mengurangkan masalah kencing manis/diabetes dan gout/artritis.
8. Melancarkan proses perkumuhan dan penyingkiran toksik dari badan.
9. Membuang air berlebihan dalam badan.

Harga PROMOSI Detox Foot Patch
=======================================================================================
1 pcs : RM 1.00 
10 pcs : RM 10.00
30 pcs : RM 30.00
50 pcs : RM 50.00
100 pcs : RM 100.00
=======================================================================================
*Penghantaran adalah PERCUMA bagi kawasan Hospital Kuala Penyu, Sabah sahaja. Bagi kawasan luar dari lokasi yang dinyatakan, penghantaran akan dihantar melalui khidmat pos.
 

Cara pembelian

Pembayaran bagi pembelian Haranna Detox Foot Patch boleh dibuat melalui,

1602-7800-8874
ROHANA YUSSOF

Sebaik pembayaran dibuat, sila maklumkan ke 014-652 4966 berserta butiran seperti di bawah,

Bank:
Tarikh pembayaran:
Masa pembayaran:
Nama:
Alamat:
No. untuk dihubungi:
Jumlah pembelian:

Sebaik pembayaran diterima, penghantaran akan diproses dalam masa 1 hari bekerja. Anda akan diberikan tracking no. sebagai rujukan.
 

Cara menggunakan Detox Foot Patch

Sebelum menggunakan Detox Foot Patch, anda digalakkan supaya minum 1-2 gelas air kosong bagi mengelakkan dehidrasi akibat dari menggunakan Detox Foot Patch. 
*Ibu mengandung/menyusukan anak 5 bulan tidak boleh menggunakan Detox Foot Patch.
**Pesakit jantung, kencing manis/diabetes, buah pinggang kronik tidak boleh menggunakan 

Cara pemakaian Detox Foot Patch adalah 5 hari berturut-turut untuk mendapatkan hasil yang terbaik. 
1. Buka pelekat.

2. Lekatkan bahagian yang bertulis di pelekat.

3. Pastikan bahagian yang berherba menghadap telapak kaki anda.

4. Anda perlu memakai Detox Foot Patch ini selama 4 hingga 8 jam. Disarankan pakai ketika hendak tidur.
 

Bahayanya penyakit GOUT dan kesannya

Penyakit GOUT
Penyakit Gout adalah merupakan salah satu bentuk artritis yang biasanya diebabkan oleh terkumpulnya hablur-hablur asid urik di sendi-sendi. Penyakit gout ini sebenarnya terlalu menyakitkan dan pada kebanyakan kes, ia hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Perkataan “Gout” sebenarnya berasal dari perkataan Latin, “gutta” yang membawa maksud ‘setitis’, oleh sebab mengikut kepercayaan pada waktu itu, penyakit gout disebabkan oleh titisan humor-humor yang mengerikan dan yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan ketul-ketul mendapan urat.

Kesan penyakit GOUT
Pesakit-pesakit yang menghidapi penyakit gout biasanya mengalami peningkatan dalam aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-dua masalah itu. Aras asid urik yang tinggi adalah berkaitan dengan usia, obesiti, Hiperlipidemia Jenis IV, kencing manis, penyakit jantung iskemia, serta darah tinggi. Penyakit gout juga boleh dihidapi berasakan faktor keturunan.

Penyakit gout pada kebiasaannya akan menyerang ibu jari kaki (Kes begini adalah lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Penyakit gout bagaimanapun boleh juga menjejaskan sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Terdapat juga kes di mana penyakit gout telah menyerang pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, mungkin disebabkan oleh kecederaan pada masa dahulu yang telah menyebabkan peredaran darah yang kurang baik.

Selain itu pesakit dengan hiperurisemia berkemungkinan mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang biasanya dipanggil tofus dalam tisu-tisu yang lain, contohnya heliks telinga. Dalam sesetengah kes, karang asid urik mampu membentuk sejenis karang ginjal.

Peringkat penyakit GOUT
1. Asimptomatik – pada peringkat ini biasanya paras asid urik plasma akan bertambah, tetapi masih tidak menunjukkan sebarang gejala
2. Akut – Serangan penyakit gout yang pertama akan menandakan peringkat ini. Serangan tidak teruk kebiasaannya akan hilang dengan cepat, manakala serangan yang teruk boleh berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu
3. Interkritikal – pesakit tersebut kemudian masuk peringkat inter-kritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini kemungkinan berlangsung selama beberapa bulan atau juga mungkin tahun. Kebiasaannya pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan sehingga dua tahun daripada serangan pertama.
4. Kronik – serangan penyakit gout akan menjadi kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu pula akan membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga mungkin akan boleh didapati dalam banyak sendi. Di dalam kes gout kategori kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal berkemungkinan boleh juga terjadi. - sumber
 

Penyakit DIABETES dan kesannya

Penyakit DIABETES
Secara amnya, penyakit diabetes ( kencing manis ) adalah penyakit yang berpunca daripada kandungan gula yang tinggi dalam darah. Biasanya, paras gula dalam darah dikawal oleh pankreas yang menghasilkan hormon insulin.

Dalam penyakit diabetes ( kencing manis ) disebabkan kekurangan insulin ia menyukarkan proses untuk mengeluarkan gula dalam darah dan turut menjejaskan sel dalaman untuk membekalkan tenaga.

Peringkat penyakit DIABETES
Namun begitu, terdapat dua jenis diabetes ( kencing manis ) iaitu diabetes jenis I dan jenis II. Diabetes jenis I (Insulin Dependent Diabetes Mellitus) berpunca daripada kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas atau tiada penghasilan langsung.

Biasanya, penghidap diabetes jenis I mula mendapat simptom penyakit ketika zaman remaja atau sebelum mencecah usia 40-an. Oleh kerana kegagalan penghasilan insulin oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dan rawatan bagi mengawal tahap glukosa darah.

Diabetes jenis II berlaku apabila badan tidak menghasilkan insulin atau tidak menggunakan hormon insulin dengan baik. Kerap berlaku di kalangan individu yang berumur 40 tahun ke atas. Selain pengambilan ubat-ubatan dan suntikan insulin, Pengarah Eksekutif NADI, Prof. Datuk Mustaffa Embong menyarankan supaya pesakit kencing manis mengamalkan pemakanan yang seimbang, kurangkan berat badan dan bersenam. Minyak Kelapa Dara BioVCO boleh mengurangkan paras gula dalam darah. Ia boleh membantu dengan menyingkirkan gula berlebihan. Ini kerana ia boleh meningkatkan kadar metabolisma badan.

Peningkatan kadar metabolisma samalah dengan aktiviti senaman yang dilakukan. Pengambilan 2 sudu besar sehari sudah mencukupi untuk menunjukkan kesannya. Tetapi pengguna hendaklah mengamalkannya secara konsisten. Walau bagaimanapun kesan Minyak Kelapa Dara BioVCO juga bergantung kepada tahap kesihatan seseorang. Ada individu yang menunjukkan kesan cepat, ada juga individu yang mengambil masa yang agak lama untuk menunjukkan kesan. - sumber


Tanda-tanda penyakit DIABETES
- Dehidrasi
- Rasa haus terus-menerus
- Peningkatan frekuensi kencing
- Selalu sakit kepala dan loya
- Kelelahan
- Penurunan berat badan
- Gangguan penglihatan
- Penyembuhan luka yang lama


Beberapa tanda penyakit DIABETES yang lain
- Diabetes awal adalah di saat seseorang mendapat tahu yang kandungan gula dalam darah yang dimiliki lebih tinggi dibandingkan kadar normal tapi masih belum dalam kategori pengidap diabetes.
- Kadar gula dalam darah yang normal ialah dibawah 100mg/dl (dalam keadaan berpuasa). Jika hasil ujian menunjukan kadar gula ialah 126 atau lebih tinggi maka itu bermakna pengidap kencing manis atau diabetes.
- Ujian kadar gula dalam darah seelok eloknya dilakukan setiap 3 tahun, terutama bagi mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan, dan berusia lanjut.
- Seandainya anda tergolong dalam golongan yang tidak melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam, memiliki sejarah penyakit berkaitan pembuluh darah, masalah kolestrol, atau ada kelaurga yang mengidap diabetes, maka ada juga berpotensi untuk mengidapnya.
- Melahirkan bayi yang beratnya lebih dari 4 atau 5 KG, dan mengalami masalah diabetes masa hamil.
- Tekanan darah antara 140/90 atau lebih. - sumber

Kesan penyakit kencing manis 
Penyakit kencing manis yang tidak dikawal dengan baik akan menyebabkan kesan yang lebih serius. Antara kesannya ialah,
- Kegagalan buah pinggang
- Serangan jantung
- Kebutaan / Katarak
- Koma (hilang kesedaran)
- Angin ahmar (strok)
- Sakit saraf atau “mati pucuk”
- ‘Gangrene’ atau anggota tubuh mati/membusuk - sumber
 

Masalah JERAWAT

Masalah JERAWAT
Jerawat adalah sejenis penyakit kronik yang mengganggu kelenjar-kelenjar Sebaceous iaitu kelenjar yang terdapat di dalam kulit dan mengeluarkan sebum atau minyak untuk meliputi permukaan kulit manusia. Masalah jerawat boleh dilihat apabila muka, leher, dada atau belakang seseorang itu mula kelihatan bengkak-bengkak kecil yang kemerah-merahan, kehitaman ataupun bonjolan merah dan mula berisi nanah selang beberapa hari kemudian.

Bagaimana berlakunya JERAWAT
Jerawat akan mula keluar apabila berlaku sekatan pada liang roma kulit. Bagi mengelakkan berlakunya masalah jerawat, kita perlu pertama sekali faham bagaimana sekatan ke atas liang roma kulit ini berlaku, bagaimana jerawat boleh membentuk serta rawatan-rawatan yang boleh dijalankan untuk mengelakkannya dari tumbuh, bagaimana mengurangkan serta menghilangkan jerawat tersebut.

Umumnya, masalah jerawat berlaku kerana berlakunya radang pada tisu di bahagian dalam kelenjar minyak kulit. Jika seseorang itu menghadapi masalah jerawat pada kulit, ia sering dikaitkan dengan masalah ketidakseimbangan hormon, pemakanan, persekitaran, penyakit keturunan, psikologi, pra-haid atau pun jangkitan bakteria, malahan masalah resdung juga dianggap sebagai punca yang mengakibatkan individu tersebut menghidap masalah jerawat.

Masalah jerawat berlaku seawal peringkat usia remaja yang sedang dalam proses kematangan, iaitu sekitar umur 12-16 tahun. Jenis jerawat yang tumbuh pada masa ini pula dipanggil acne vulgaris. Semasa remaja menjalani proses matang, berlaku perubahan keseimbangan hormon di mana hormon testosteron mula dihasilkan dan bertukar menjadi dihidrotestosteron di dalam kulit. Ia berlaku bagi meningkatkan kadar metabolik serta saiz badan remaja tersebut. - sumber
 
 
Support : Haranna Detox Foot Patch - Amalkan gaya hidup sihat tanpa toksin
Copyright © 2012. Haranna Detox Foot Patch - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Beyond Synergy Solution